LAWATAN KE KILANG COKLAT BERYL'S DAN PUSAT SAINS NEGARA MALAYSIA

Saturday, May 19, 2012

Pada 11 Oktober 2011, Kelab Perpustakaan SK Taman Semarak telah membuat Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Coklat Beryl's dan Pusat Sains Negara Malaysia bersempena Bulan Ko-kurikulum SKTS 2011. Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring iaitu Pn. Roziah Abd Razak, Pn. Aidah Abu Bakar, Pn. Nur Razila Ramli dan Pn. Roziana Zainal Abidin.
Dalam aktiviti ini , murid-murid didedahkan mengenai cara-cara membuat coklat dan mengenali beberapa jenis coklat yang digunakan untuk membuat coklat yang mempunyai pelbagai rupa dan bentuk serta rasa.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sains di Pusat Sains Negara. Mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam slot Science Show di mana salah seorang daripada mereka mencuba aktiviti api di tapak tangan tetapi tangan tidak terbakar. Kesemua murid berasa sangat gembira dan lawatan ini dapat menambah pengetahuan mereka tentang teknologi dan sains.

PENTADBIR SKTS

Friday, May 18, 2012

PERPUSTAKAAN SK SEMARAK

Thursday, May 17, 2012

Perpustakan SK Taman Semarak terletak di tingkat tiga di blok utama. Perpustakaan ini tidaklah terlalu besar. Walau bagaimanapun, perpustakaan ini boleh memuatkan 40 orang pelajar pada satu masa. Perpustakaan ini telah disusun atur semula untuk memberi keselesaan kepada semua pengguna.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat sekolah 2010

Thursday, September 23, 2010



Pada 30 Ogos 2010 yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah. walaupun sambutan kali ini dijalankan dalam bulan Ramadhan tetapi ia tetap disambut dengan meriah. Antara acara yang dijalankan adalah perarakan mengikut kelas, pertandingan mendeklamasi sajak, pertunjukan pakaian tradisional dan juga pertandingan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Ogos 2010 yang lalu. Pada hari tersebut beberapa acara telah diadakan antaranya ialah ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, En. Zaharuddin bin Abu Hassan, persembahan sketsa, deklamasi sajak dan juga nyanyian lagu - lagu patriotik oleh murid - murid dan juga guru - guru.

Sambutan Hari Guru 2010

Sunday, July 18, 2010







Hari Guru tahun ini telah disambut dengan meriah. Walaupun En Harifin, mantan Guru Besar telah berpindah ke SK Dato Shahbandar Abu Bakar namun beliau masih sudi meraikan Hari Guru bersama guru-guru Sk Taman Semarak. En Zaharuddin Abu Hassan merupakan guru besar sekolah ini yang baru dah diharap sekolah ini bertambah semarak di bawah pimpinan beliau.

Hari Kantin SKTS 2010



Hari Kantin telah berlangsung pada bulan Mac 2010 yang lalu. Hari kantin ini telah berjaya mencapai objektifnya bagi mengumpul dana PIBG dan merapatkan hubungan antara guru dan penjaga murid-murid SK Taman Semarak.